Harun al-Rasyid
Harun al-Rasyid

Harun al-Rasyid

Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 23 Mac 809, di Thus, Khurasan.Harun Ar-Rasyid ialah khalifah kelima daripada Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahandanya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan abangnya, Musa Al-Hadi ialah khalifah yang keempat. Ibundanya, Jurasyiyah al-Khayzuran berasal dari Yaman.Walaupun berasal daripada dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dekat dengan keluarga Barmaki dari Parsi (Iran). Ketika masa mudanya, Harun banyak belajar daripada Yahya ibn Khalid Al-Barmak.Era pemerintahan Harun yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.Pada masa pemerintahannya, beliau:Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.